Saturday, 5 January 2019

Ayam Percik

Resepi untuk membuat ayam percik

BAHAN-BAHAN:
1 ekor ayam (dipotong lapan bahagian)
2 cawan santan (daripada 2 biji kelapa)
Asam keping

PEMERAP (DIKISAR)
6 ulas bawang merah 
3 ulas bawang putih 
10 tangkai cili kering
2cm lengkuas 
1cm halia
1cm kunyit
2 biji buah keras
2 batang serai
1/4 cawan madu
garam dan serbuk perasa secukup rasa

CARA MEMBUATNYA:
  1. Untuk kuah, campurkan setengah daripada bahan pemerap dengan santan dan asam keping (jerang di atas api sehingga mendidih) 
  2. Alas dulang pembakar (tray)dengan daun pisang dan sapukan sedikit minyak di atas talam
  3. Lumurkan 8 bahagian ayam dengan bahan pemerap dan aturkan di atas dulang pembakar.
  4. Bakar sehingga ayam masak

Nasi Tomato & Ayam Masak Merah

Hye semua,

Masak apa je tu ari2 minggu ni... menu akak arini ialah Nasi tomato.. meh share sikit resepi dia

untuk Nasi Tomato

BAHAN-BAHAN:

2 cawan beras
1 biji bawang merah (dihiris)
2 ulas bawang putih (dicincang)
1 inci halia (dihiris)
1 inci kulit kayu manis
2 kuntum bunga cengkih
2 biji buah pelaga
4 sudu besar puri tomato
1/2 cawan susu ideal
2 sudu besar minyak sapi
2 cawan air
2 susu bawang goreng (hiasan)

CARA MEMBUATNYA:
  1. Tumiskan bawang putih, bawang merah, halia, kulit kayu manis, bunga cengkih dan buah pelaga hingga terbit baunya.
  2. Masukkan beras dan kacau
  3. Masukkan air, susu dan puri tomato
  4. Masak seperti biasa. Setelah siap boleh dihias menggunakan bawang goreng
Untuk ayam masak merah pula

BAHAN-BAHAN:

1/2 ekor ayam (dipotong kecil) - goreng lembap
3 sudu besar cili kisar
3 biji buah keras
5 ulas bawang merah (dikisar)
3 ulas bawang putih (dikisar)
1 inci halia (dikisar)
3 batang serai (dititik)
3 kuntum bunga lawang
3 kuntum bunga cengkih
1cm kulit kayu manis
4 biji buah pelaga
1 cawan puri tomato
2 labu bawang merah (dihiris)
3 biji buah tomato (dibelah 4)
Garam dan gula diperasakan
Minyak masak

CARA MEMBUATNYA:
  1. Panaskan minyak dan tumis bahan-bahan yang dikisar beserta bunga lawang, cengkih, pelaga dan kulit kayu manis sehingga terbit baunya.
  2. Masukkan tomato puri dan cili kisar.
  3. Masukkan ayam. Kacau hingga rata. Kemudian masukkan serai, garam dan guka secukup rasa
  4. Apabila telah mendidih masukkan bawang yang dihiris dan tomato yang dibelah.
  5. Gaul rata dan siap untuk dihidang.
Selamat mencuba...😉



Tips awet muda secara semulajadi

Hye beautiful readers,

Banyak la masa nak update kat blog since akak tgh cuti panjang kat umah ni. Kali ni nak kongsi tips yang memang disukai oleh semua kaum hawa..iaitu muka x di makan usia...sentiasa nampak awet muda...sweet 17 gitu.. 😉

1. Buah dan sayuran pencegah kedutan

Rejuvenasi kulit terbaik adalah phytonutrient yang terdapat dalam buah dan syuran. Oleh itu anda harus sekurang-kurangnyamakan 9 sajian yang mempunyai buah dan sayuran. Ini kerana, phytonutrient berfungsi dalam menyapu bersih asid di dalam kulit yang boleh menyebabkan peningkatan kulit untuk berkedut.

2. Pejamkan mata agar lebih muda

Memejamkan mata 2x sehari selama 20 minit untuk membuat badan lebih relak dan membuka pembuluh-pembuluh darah kecil. Ia akan meningkatkan aliran nutrisi dan oksigen penyembuhan ke dalam sel-sel halus di permukaan kulit wajah. Ramuan awet muda ini sesuai untuk dijadikan rutin setiap hari supaya tampak lebih muda jika dilakukan secara teratur dalam jangka masa panjang.


3. Seks menegangkan kulit

Pasangan yang sudah berkahwin dan berhubungan seks dengan pasangannya 4x seminggu akan tampak lebih muda 12 tahun berbanding usia sebenarnya. Ini kerana keintiman akan meningkatkan penghasilan hormon awet muda dan hormon rasa tenang iaitu oksitoksin dan endorphin. Seks juga meningkatkan aliran darah ke serat-serat kolagen, otot-otot yang bertanggungjawab membuat kulit lebih tegang dan muda.




 4. Jalan kaki lambatkan uban

Jika anda berjalan kaki dengan cepat selama 3x dalam seminggu akan dapat membuat kulit anda tampak lebih muda 8 tahun. Olahraga juga sudah diakui dapat menguatkan stamina selain dapat menurunkan hormon stess. Ia juga dapat memperlihatkan perubahan terutama dalam proses pertumbuhan sel-sel kulit baru, mencegah kedut, kendur dan kulit kusam. Bahkan berjalan cepat secara rutin dapat memperlambatkan tumbuhnya uban di rambut kita


 5. Minyak zaitun cegah kesan penuaan

Bagi anda yang suka memasak dengan minyak zaitun akan jauh lebih kebal terhadap proses penuaan dan kebiasaan buruk yang menyebabkan kedutan di wajah jika dibandingkan dengan orang yang memasak dengan mentaga atau minyak. Ini kerana minyak zaitun kaya lemak serta menguatkan dan melindungi struktur kulit. Mentega atau minyak goring biasanya banyak mengandungi kolestrol yang sama sekali tidak memberikan perlindungan pada kulit.


6. Makan telur lembapkan kulit

Kuning telur kaya dengan zat yang disebut lutein dan zeaxanthin iaitu antioksidan yang membuat awet muda dengan cara menguatkan sel-sel kulit sekaligus menjadi kunci untuk mempertahankan kelembapan kulit. Hasilnya, permukaan kulit tidak mudah mengalami kekeringan.





Rendang Ayam Utara

Dear ladies,

Arini akak nak share sikit resepi untuk membuat rendang ayam versi utara style yang mana akk pun dapat dari majalah mingguan wanita :D

BAHAN-BAHANNYA:

1 kg ayam (dipotong ikut citarasa)
1 biji kelapa diambil santan
1 sudu teh belacan
1 sudu makan kerisik
2 keping asam gelugur
perasa secukupnya

BAHAN A:

15 biji bawang merah
10 biji bawang putih
10 tangkai cili kering
30 biji cili padi
20 biji cli merah
1 ketul lengkuas
3 batang serai
1/2 ketul halia
2 ketul kunyit hidup
5 biji buah keras dikisar asing

DIMAYANG

3 helai daun kunyit
3 batang serai
5 helai daun limau purut

CARA MEMBUATNYA :-
  1. Kisar semua bahan A hingga hancur dan sebati
  2. Panaskan kuali, tumiskan bahan kisar tadi. Apabila naik bau dan pecah minyak masukkan ayam, santan, belacan, buah keras yang dikisar dan asam gelugur.
  3. Kacau hingga rata dan ayam hingga empuk.
  4. Masukkan perasa dan kerisik mengikut citarasa. Kacau perlahan-lahan hingga pekat dan pecah minyak.
  5. Masukkan bahan hirisan yang dimayang tadi ke dalam periuk. Kemudian kacau sekali lagi. Tutup dan matikan api dan biarkan selama 10 minit.
  6. Sedia dihidangkan dengan pulut kuning mahupun lemang 
teringat hari raya la...

Thursday, 3 January 2019

Tangani masalah cirit birit

Anda mungkin pernah mengalami masalah diarea atau cirit birit. Walaupun cirit birit selalunya tidak membahayakan diri tetapi kadangkala keadaan nya turut menandakan terdapat masalah serius sedang berlaku terhadap diri anda. Diarea atau cirit birit bermakna keluarnya najis berair selama lebih daripada 3x sehari

Gejala-gejala cirit birit termasulah :

  • Rasa kejang pada perut
  • Rasa bengkak pada perut
  • Rasa tidak selesa di bahagian anus
  • Desakan untuk membuang air besar
  • Sukar untuk mengawal usus
  • Sejuk
  • Demam
  • Kehilangan dan kekurangan cecair dalam tubuh (dehidrsi)
    Tanda-tanda dehidrasi pada orang dewasa
  1. Rasa dahaga
  2. Kurang kencing dari biasa
  3. Air kencing berwarna gelap
  4. Kulit kering
  5. Rasa letih atau kepeningan
  6. Pitam
  7. Kadangkala buah pinggang juga boleh berhenti berfungsi
Rawatan Cirit Birit

Pelbagai cara boleh dilakukan bagi merawat cirit birit. Antaranya adalah
  • Orang dewasa perlu mengambil sup, jus buah, buah atau sayur lembut
  • Kanak-kanak perlu meminum cecair khas yang mengandungi segala khasiat yang diperlukan. Larutan cecair ini banyak dijual di farmasi
  • Pengambilan ubatan bagi menghentikan cirit birit juga boleh membantu. Berhenti mengambil ubatan jika gejala-gejala semakin teruk atau berlanjutan lebih dari 2 hari.


PERLU DIBERI PERHATIAN
Jika makanan atau ubatan tertentu penyebab cirit birit, perlulah anda mengelakkannya. Selain itu, sementara menunggu cirit birit untuk berakhir, elakkan diri daripada mengambil makanan yang boleh menyebabkan keadaan bertambah teruk. Makanan yang perlu dielakkan adalah termasuk :-
  • Produk susu seperti aiskrim dan keju
  • Makanan berminyak dan tinggi lemak seperti makanan bergoreng
  • Makanan manis seperti kek dan biskut
Perlulah mendapatkan rawatan doktor sekiranya ianya masih berterusan lebih daripada 3 hari...

Tuesday, 30 October 2018

Sakit kuning pada bayi

KENALI PENYAKIT KUNING PADA BAYI

Kuning yang berlaku akibat ketidaksesuaian jenis darah Ibu dan bayi boleh berlaku sekiranya ibu mempunyaijenis darah O, tetapi bayi pula mempunyai jenis darah A atas B. Ia juga boleh berlaku disebabkan oleh  jenis darah Ibu rhesus negative sedangkan bayi pula rhesus positif.

               Bayi akan mula kelihatan kuning jika kadar bilirubin mencapai 6-7 mg/dl. Namun sekiranya sudah mencapai lebih dari 12 mg/dl, maka bayi perlu mendapat rawatan segera agar kadar bilirubinnya tidak bertambah tinggi lagi.

               Perawatan dilakukan dengan melakukan terrapin sinar untuk mengubah kadar bilirubin yang  ada dalam jaringan kulit yang tidak larut dalam air,sehingga boleh larut dan seterusnya boleh dibuang melalui air kencing. Suntikan antibiotik juga diberikan jika bayi disyaki menghidap kuning akibat jangkitan.

              Jika kadar bilirubin di atas 20 mg/dl, biasanya doktor akan mula memikirkan kemungkinan untuk melakukan transfusi darah. Hal yang ditakutkan adalah jika bilirubin tinggi sekali dan ia memasuki otak sehingga dapat merosak sel-sel otak dan menyebabkan bayi mengalami kejang-kejang. Kesan jangka panjang boleh menyebabkan lumpuh, gangguan pendengaran, penurunan kecerdasan serta kelainan neurologi lain.


APA YANG PERLU DILAKUKAN


  • Berikan cairan sebanyak dan sesering mungkin
  • Boleh dilakukan penjemuran di bawah sinar matahari di antara jam 6:30 pagi sehingga 7:30 pagi. Namun,pastikan kulit bayi agar tidak berlaku sebarang alahan atau iritasi disebabkan oleh sinar matahari. Lindungi mata bayi daripada sinar matahari pagi.
  • Perhatikan bayi adakah kelihatan kerap menangis, tidak aktif atau tidak mahu menyusu. Jika hal ini terjadi, segera dapatkan rawatan doktor.
  • Jika bayi kuning melebihi 2 minggu, dapatkan juga rawatan doktor dengan segera.

Wednesday, 15 January 2014

Tips Mengelakkan Anak Sakit Ketika Musim Hujan

Dear Beautiful Readers,






Apa tahap kesihatan anak-anak anda sekarang. Kita tentu seronok bila melihat anak-anak sentiasa riang gembira dan aktif melakukan segala aktiviti harian mereka. Namun tahukah anda bahawa anak-anak mudah terdedah kepada penyakit ketika musim hujan. Ini adalah kerana virus dari penyakit akan tersebar melalui udara dan ditambah dengan suhu yang lembab. So ada beberapa tips yang boleh dikongsikan di sini untuk para ibu bagi meminimumkan kemungkinan anak-anak anda mendapat penyakit seperti demam, selsema atau batuk

  • Kerap Cuci Tangan
Ajar anak cuci tangan anak setiap kali selepas melakukan aktiviti. Dengan melakukan hal tersebut, ia dapat mengelakkan anak-anak daripada terkena jangkitan kuman atau virus













  • Steril barang penyusuan
Amalkan merendam botol susu anak dengan air panas kerana kaedah ini dapat mematikan kuman-kuman yang ada. 


  • Tingkatkan daya tahan badan anak
Bagi bayi yang berusia 6 bulan ke bawah, makanan yang terbaik bagi menjaga daya tahan tubuhnya adalah penyusuan susu ibu secara kerap.

Dan bagi kanak-kanak pula amalkan pengambilan buah serta sayur yang mengandungi vitamin A,C,D,E serta omega 3




Semoga tips ni dapat melindungi PERMATA HATI kita dari serangan virus penyakit



Selamat mencuba...... xoxo