Monday 19 November 2012

Kenali Penyakit Jaundice

Dear Beautiful Readers,

Pengalaman saya lepas bersalin, baby memang akan kena penyakit kuning ( Jaundice ). Tiga-tiga pun macam tu juga....Memang kesian bila tengok baby di letakkan dalam inkubator kan..Rasa macam nak peluk dan dakap je kat dalam tu..


Irfan anak sulung saya yang pernah ada pengalaman Jaundice sampai kena tahan wad and letak dalam inkubator tu....Sebaik sehari je kena tahan.lepas tu dah boleh discharges..Anak-anak lain hanya ulang alik ke hospital ambil darah..lebih rela la ulang alik daripada menetap kad wad tu..

Jom kenali penyakit kuning ( Jaundice ) pada bayi

Ketidaksesuaian darah

Kuning yang berlaku akibat ketidaksesuaian jenis darah ibu dan bayi boleh berlaku sekiranya ibu mempunyai jenis darah O, tetapi bayi pula mempunyai darah A atau B. Ia juga boleh berlaku disebabkan oleh jenis darah ibu rhesus negatif sedangkan bayi pula rhesus positif

              Bayi akan mula kelihatan kuning jika kadar billirubin mencapai 6-7 mg/dl. Namun, sekiranya sudah mencapai lebih dari 12 mg/dl, maka bayi perlu mendapat rawatan segera agar kadar bilirubinnya tidak bertambah tinggi.

              Rawatan dilakukan dengan menggunakan terapi sinar untuk mengubah kadar bilirubin yang ada di dalam jaringan kulit yang tidak larut dalam air, sehingga boleh larut dan seterusnya boleh dibuang melalui air kencing. Suntikan antibiotik juga diberikan jika bayi disyaki menghidap kuning akibat jangkitan.

              Jika kadar bilirubin di atas 20mg/dl, biasanya doktor akan mula memikirkan kemungkinan untuk melakukan transfusi darah. Hal ini ditakutkan adalah jika bilirubin tinggi sekali dan ia memasuki otak sehingga dapat merosakkan sel-sel otak dan menyebabkan bayi mengalami kekejangan. Kesan jangka panjang boleh menyebabkan Lumpuh, Gangguan Pendengaran, Penurunan Kecerdasan serta kelaian neurologi lain

Apa Yang Perlu dilakukan

  • Berikan cairan/susu sebanyak dan sesering mungkin..seeloknya susu ibu ok..

  • Boleh dilakukan penjemuran di bawah sinar matahari di antara jam 6.30 pagi sehingga 8.00 pagi. Namun, pastikan kulit bayi agar tidak berlaku sebarang alahan atau iritasi disebabkan oleh sinar matahari. Lindungi mata bayi daripada sinar matahari pagi.

  • Perhatikan bayi adakah kelihatan kerap menangis, tidak aktif, tidak aktif atau tidak mahu menyusu. Jika hal ini terjadi, segera dapatkan rawatan doktor
  • Jika bayi kuning melebihi 2 minggu, dapatkan juga rawatan doktor dengan segera..
Inilah wajah permata hati saya selepas beberapa minit dilahirkan

Abang Long 17/11/2007 ~ Muhammad Izz Irfan


Abang Ngah 27/10/2009 ~ Muhammad Izz Ilhan


Adik @ baby 10/6/2012 ~ Nur Qaisara Irdina


No comments:

Post a Comment