Saturday 29 June 2013

Tempat-tempat menarik di Kelantan

Dear Beautiful Readers,



Lama betul tak update blog, maklumla laptop kat umah diserang penyakit. Ni pun balik kampung pinjam adik punya. Ok kali ni lea nak kongsikan pengalaman kami bercuti di sekitar Pantai Timur. 1 Jun, time tu tengah cuti sekolah saja lah nak bawak anak2 bercuti sambil kita ni mak ayah nak release stress dari beban2 kerja.

Percutian 4h3m dimulakan dengan negeri Kelantan. Seawal 5.45pg kami bertolak dari bidor dan singgah sekejap kat umah mak (batu gajah) ambil adik ipar. Lepas sarapan yang dah disediakan oleh mak kami meneruskan lagi perjalanan. Sewaktu perjalanan sempat juga la singgah kat tasik banding/temenggor. Sangat cantik tempatnya..kitaorg pun tak lepaskan peluang untuk ber chamwhore.. ;)


                   


         


Sesampai di Kelantan tempat pertama yang kami tuju ialah 

Hari 1 : RANTAU PANJANG
Ia adalah tempat membeli belah yang tersohor di negeri Kelantan juga dikenali sebagai zon bebas cukai. Dibuka seawal 8 pagi hingga 6 petang. Di sini, anda boleh mendapat barangan seperti toto, jersi bola, seluar jeans levis, kasut, beg tangan, periuk belanga, tikar, tudung bawal, pinggan mangkuk, kuali dan pelbagai lagi. Pendek kata “macam-macam ada” dan harga barangannya sangat berpatutan. Sebelum operasi bershopping kita makan dulu untuk bagi tenaga...




   
 

budak-budak pun dah keletihan, so jom la kita check in hotel. Rehat2 kan badan sebelum berjalan2 lagi di belah malamnya pulak.

 

Lepas dinner kami ke satu lagi tempat yang popular

Malam 1 : Wakaf Che Yeh
Orang cakap kalau dah sampai Kelantan tak sah kalau tak pergi Pasar Malam Wakaf Che Yeh ni. Memang meriah la kalau kat KL ala2 macam pasar malam di Jln TAR cuma disini lagi besar kawasan nya dan dibuka setiap hari




ok kami dah nak balik. anak2 pun dah mengantuk..

Keesokkannya
lea suka siapkan ank2 dengan warna sedondon kalau berjalan..so warna "merahnya mak ngah" ler menjadi pilihan hari tu.... :)


Hari ke 2 : Sarapan di Kopitiam Kita
Mengikut sumber, kedai ni dikategorikan kedai sarapan yang top juga di Kelantan. So kami pun cuba la..
Pemilik kedai ni ada puluhan gambar2 artis yang pernah makan di kedainya..
lihat je la..gambar artis tersohor dato' siti pun ada

  

  

Pantai Cahaya Bulan
Dulu dikenali juga sebagai pantai cinta berahi...pantai dia jenis lepas so tak boleh nak main air kat pasir ye...bahaya


Seterusnya destinasi terakhir kami di negeri Kelantan ni ialah

Pasar Siti Khadijah
Masih berkonsepkan membeli belah. Di tingkat bawah pasar ni dia menjual barang-barang basah dan tingkat atas nya pula menjual pelbagai jenis barangan pakaian,handbag, dll. Barangan yang lea beli kat sini jubah, telekung,songket dan beg yang anak2 lea sangkut kat leher dia tu..


selesai la perjalanan 2 hari kami di Kelantan...ikuti cerita berikutnya di Terengganu pulak...



No comments:

Post a Comment