Apa tahap kesihatan anak-anak anda sekarang. Kita tentu seronok bila
melihat anak-anak sentiasa riang gembira dan aktif melakukan segala aktiviti
harian mereka. Namun tahukah anda bahawa anak-anak mudah terdedah kepada
penyakit ketika musim hujan. Ini adalah kerana virus dari penyakit akan
tersebar melalui udara dan ditambah dengan suhu yang lembab. So ada beberapa
tips yang boleh dikongsikan di sini untuk para ibu bagi meminimumkan
kemungkinan anak-anak anda mendapat penyakit seperti demam, selsema atau batuk
- Kerap Cuci Tangan
Ajar anak cuci tangan anak
setiap kali selepas melakukan aktiviti. Dengan melakukan hal tersebut, ia dapat
mengelakkan anak-anak daripada terkena jangkitan kuman atau virus
- Steril barang penyusuan
Amalkan merendam
botol susu anak dengan air panas kerana kaedah ini dapat mematikan kuman-kuman
yang ada.
- Tingkatkan daya tahan badan anak
Bagi bayi yang
berusia 6 bulan ke bawah, makanan yang terbaik bagi menjaga daya tahan tubuhnya
adalah penyusuan susu ibu secara kerap.
Dan bagi
kanak-kanak pula amalkan pengambilan buah serta sayur yang mengandungi vitamin
A,C,D,E serta omega 3
Semoga tips ni
dapat melindungi PERMATA HATI kita dari serangan virus penyakit
Selamat mencuba...... xoxo
No comments:
Post a Comment