Saturday 29 June 2013

Tahun melawat Malaysia 2013 - Terengganu

Dear Beautiful Readers,

Part II jelajah Pantai Timur

Perjalanan dari Kelantan ke Terengganu mengambil masa lebih kurang 3jam. Destinasi yang dituju ialah Resort Angullia, Marang untuk check in. Resort ni memang last minute kami booking. Itu pun atas pertolongan kawan. Risau juga tak dapat sebab masa tu kan cuti sekolah plus tahun melawat Malaysia di Terengganu.

Selepas merehatkan badan, kami bersiar-siar di persisiran pantai Marang sambil menikmati makanan laut yang ada dijual di kedai makanan berdekatan dengan resort kami. Ermm so yummy dia punya sotong goreng tepung..


  
                        

Malam ke 2 : Waterfront Kuala Terengganu
Pada waktu malamnya kami memilih makan malam di Waterfront Kuala Terengganu. Di sana terdapat kedai yang menjual makanan Western. Memang sedap dan harga pun berpatutan. Lepas kenyang makan kami jalan2 di I-City kuala terengganu..kat sini pun ada warna warni lampu macam kat Shah Alam tu..cumanya suhu kat kuala terengganu ni sejuk sangat sebab dia berada di laut..

  

Hari ke 3 : Pulau Kapas
Siap2 check out dari resort Angulia dan destinasi berikutnya ialah Pulau Kapas. Sarapan pagi kami ialah Nasi Minyak dan sempat lagi order bungkus  untuk makanan di pulau nanti
Menggunakan perkhidmatan Makcik Gemok Resort. Tak ambil pakej pun hanya pilih Chalet dan feri sahaja. Yang lain2 tu nak nanti baru bayar lah..Jimat sikit..takut nanti kalau ambil pakej tiba2 anak meragam x nak main ke apa rugi pulak...Untuk rujukan harga chalet 1 malam RM90 sahaja dan tambang feri RM15/seorang sehala sahaja.Pergi balik RM30/seorang. Kanak2 bawah 2 tahun tambang PERCUMA


  

      

  

  

Malam ke 3 : Pulau Kapas
Aktiviti malamnya ialah santai2 jer..lepas makan jalan2 tepi pantai sambil tengok bintang di langit..seronok




Hari ke 4 : Last shopping di Pasar Payang
Tiba masa untuk pulang. Sebelum keluar dari Negeri Terengganu ni kami sempat singgah di Pasar Payang untuk menambah2 belian apa yang patut.
Pasar Payang sama keadaannya dengan Pasar Siti Khadijah kat Kelantan tu.
Kat sini lea borong baju kaftan..memang murah dan cantik2, baju kemeja batik, Tshirt kenang2an TERENGGANU, freeze magnet. 




Habis semua membeli belah destinasi terakhir kami ialah melawat

Masjid Kristal



No comments:

Post a Comment