Saturday 17 November 2012

Cameron Highlands

Dear Beautiful Readers,

Suka nak kongsikan kat sini tempat-tempat yang menarik dikunjungi di Cameron Hinglands..Kitaorang ni dah jadi trend plak..Asal saya lepas pantang jer mesti nak naik tempat sejuk ni...Al-maklum la rumah pun dekat..lebih kurang 1 jam setengah dari Bidor dah sampai...Terbaru ni selepas habis pantang melahirkan Irdina..

Kitorang mula gerak dari rumah pada pukul 3pm kira lepas makan tengah hari..Memang budget sampai kat atas tu nanti check-in and terus jalan-jalan kat Pasar Malam kat Brincang..


Jalan-jalan kat pasar malam dia tu tak sah kalau tak beli strawberi coklat...memang sedap hingga menjilat jari la..yummy2...kami tak beli banyak makanan pun sebab rancang nak makan steamboat kat hotel malam nanti.. Tapi ada satu gerai ni memang mengugat keimanan saya untuk membeli makanan juga..Menu nya biasa-biasa aje..Nasi goreng, mee goreng, bhoon goreng and nasi lemak kukus..tapi sebab dia goreng kat situ bau aroma masakan tu yang jadi tak tahan nak beli..tambah dengan ayam goreng panas dia lagi..ehmm..cair..



ok time for dinner...steamboot waktu sejuk2 ni memang layan...
Lokasi : Hotel Rosa Passadena
   
Lepas makan and sebelum tidur sempat lagi posing2..aktiviti wajib untuk kami..wee.....


Keesokkannya, breakfast dulu sebelum aktiviti meronda

   

Kitaorang memilih Butterfly Farm sebagai tempat untuk di lawat


murah je tiket dia..mampu untuk semua



Kat dalam ni bukan sahaja Rama-Rama yang ada, banyak lagi serangga and binatang lain yang ada
                                 
Hot papa with anak-anak
   
Hot mama with anak-anak

  
Diorang ni masuk je kat dalam Butterfly Farm ni asyik menjerit nangis sebab geli banyak rama-rama terbang..nak-nak bila ada yang hinggap kat baju diorang..ni pun gambar kena paksa ngan rama-rama..hihi

   
tak terkecuali Irdina pun..tak nangis pun dia ..tapi ambik gambar kenagan dgn butterfly walaupun lena tidur


AND HAPPY FAMILY IN D' HOUSE...('',)



No comments:

Post a Comment