1. SAYUR-SAYURAN
- Cara memilih sayuran, yang seelok-eloknya terdiri daripada ulam-ulam dan sayuran hijau.
- Sayur hendaklah direndam 2-3 minit bersama garam untuk menghilangkan bahan kimia.
- Tidak dipotong halus untuk mengelakan kehilangan vitaman yang ada pada sayur
- Cara masak yang terbaik adalah celur dan rebus sahaja.
- Sayur yang sudah dimasak hendaklah terus dimakan dan tidak disimpan
- Jika disimpan akan menghasilkan habuk-habuk api yang menyebabkan: ✓ mudah stress ✓ mudah merajuk ✓ cepat marah ✓ kurang tumpuan pembelajaran.
2. IKAN
- Cara memilih ikan seelok-eloknya ialah ikan yang bersaiz kecil dan bersisik. Ini kerana ikan kecil biasanya tinggal dipermukaan air.
- Hidupan yang tinggal di dasar laut lebih banyak mengandungi logam-logam berat yang merbahaya seperti kuprum, merkuri dan plumbum yang boleh menyebabkan keracunan jika dimakan dalam jumlah yang banyak dan kerap.
- Cara masak ikan yang selamat ialah kukus atau stim.
- Elakkan membakar membakar ikan menggunakan aluminium kerana ia boleh mendorong kepada penyakit cepat lupa.
3. MAKANAN SEGERA
- Ianya banyak mengandungi pewarna, pengawet dan perasa yang memberi kesan negatif kepada tahap pembangunan anak-anak.
- Seelok-eloknya makan biskut atau keropok yang diperbuat daripada tepung beras.
4. MINYAK SAYURAN
- Minyak sayuran telah bercampur dengan hidrogen dan menghasilkan habuk-habuk api radikal bebas dan boleh merosakkan sel2 saraf dan akan menjadi penyakit
5. BUAH-BUAHAN
- Buah elok dimakan pada waku petang. Makanlah buah-buahan yang ditanam di negara kita seperti jambu batu, betik, belimbing, pisang kerana tubuh kita senang menerimanya.
- Buah2 import adalah tidak digalakkan
6. AIR
- Air amat penting untuk fungsi tubuh kita
- Elakkan makan bersulam air kerana ianya boleh mengakibatkan penghadaman yang tidak sempurna
- Air diminum sebaik-baiknya 10 minit sebelum atau selepas makan.