Thursday 4 April 2019

Ikan Masak Taucu Santan

BAHAN-BAHAN:-

BAHAN A
1/2 cawan minyak kelapa
2 biji bawang merah (dihiris)
3 biji bawang putih (dihiris)
50gm halia (dihiris)
150gm taucu

BAHAN B
Air jika perlu
1 biji timun (dipotong dan dibuang biji)
2 biji cili merah (dibelah dua)
2 biji cili hijau (dibelah dua)
1/2 cawan air asam jawa

BAHAN C
1/2 biji santan
Ikan (ikut citarasa)
Garam
Gula
Serbuk perasa

CARA MEMBUATNYA:-

1. Panaskan minyak, tumis bahan A sehingga naik bau taucunya. Kemudian masukkan bahan B
    dan kacau sebentar
2. Akhir sekali masukkan bahan C, kacau perlahan-lahan sehingga semua rencah sebati.
    Tunggu sehingga mendidih dan masukkan ikan yang telah digoreng.






Sambal Goreng Ikan Bilis Dan Tauhu

BAHAN-BAHAN:-

200ml minyak masak
80gm kacang tanah
50gm ubi kentang
2 keping tauhu
2 keping tempe
2sdb cili kisar
5 ulas bawah merah - dikisar
2 ulas bawang putih - dikisar
1sdk gula
1sdk garam
1cm belacan
Asam keping
50ml air

CARA MEMBUATNYA:-

1. Bahan-bahan seperti ikan bilis, tauhu, kacang tanah, ubi kentang tempe hendaklah digoreng
    terlebih dahulu.
2. Kemudian panaskan minyak dan tumiskan bahan yang dikisar
3. Setelah masak masukkan bahan yang digoreng tadi dan gaulkan rata. Masukkan garam secukup
    rasa.




Sunday 6 January 2019

Makanan Tentukan Pembangunan Minda

Tahukah anda cara memberi makan, cara masak dan menyediakan makanan sama pentingnya dengan bahan-bahan makanan yang diberi bagi menentukan pembangunan minda dan kesihatan yang optimum.

1. SAYUR-SAYURAN

  • Cara memilih sayuran, yang seelok-eloknya terdiri daripada ulam-ulam dan sayuran hijau.
  • Sayur hendaklah direndam 2-3 minit bersama garam untuk menghilangkan bahan kimia.
  • Tidak dipotong halus untuk mengelakan kehilangan vitaman yang ada pada sayur
  • Cara masak yang terbaik adalah celur dan rebus sahaja.
  • Sayur yang sudah dimasak hendaklah terus dimakan dan tidak disimpan
  • Jika disimpan akan menghasilkan habuk-habuk api yang menyebabkan:                     ✓ mudah stress ✓ mudah merajuk ✓ cepat marah ✓ kurang tumpuan pembelajaran.

2. IKAN
  • Cara memilih ikan seelok-eloknya ialah ikan yang bersaiz kecil dan bersisik. Ini kerana ikan kecil biasanya tinggal dipermukaan air.
  • Hidupan yang tinggal di dasar laut lebih banyak mengandungi logam-logam berat yang merbahaya seperti kuprum, merkuri dan plumbum yang boleh menyebabkan keracunan jika dimakan dalam jumlah yang banyak dan kerap.
  • Cara masak ikan yang selamat ialah kukus atau stim.
  • Elakkan membakar membakar ikan menggunakan aluminium kerana ia boleh mendorong kepada penyakit cepat lupa.

3. MAKANAN SEGERA
  • Ianya banyak mengandungi pewarna, pengawet dan perasa yang memberi kesan negatif kepada tahap pembangunan anak-anak.
  • Seelok-eloknya makan biskut atau keropok yang diperbuat daripada tepung beras.

4. MINYAK SAYURAN
  • Minyak sayuran telah bercampur dengan hidrogen dan menghasilkan habuk-habuk api radikal bebas dan boleh merosakkan sel2 saraf dan akan menjadi penyakit

5. BUAH-BUAHAN
  • Buah elok dimakan pada waku petang. Makanlah buah-buahan yang ditanam di negara kita seperti jambu batu, betik, belimbing, pisang kerana tubuh kita senang menerimanya.
  • Buah2 import adalah tidak digalakkan

6. AIR
  • Air amat penting untuk fungsi tubuh kita
  • Elakkan makan bersulam air kerana ianya boleh mengakibatkan penghadaman yang tidak sempurna
  • Air diminum sebaik-baiknya 10 minit sebelum atau selepas makan.



Ayam Masak Opor

Resepi untuk memuat ayam masak opor

BAHAN-BAHAN :

1 ekor ayam
150gm minyak masak
250ml asam jawa
200gm gula melaka
5gm garam
250gm santan
50gm ketumbar
150gm cili kering
20gm jintan putih
30gm jintan manis
10biji bunga cengkih
3cm kayu manis
6biji buah pelaga
50gm halia
60gm lengkuas
70gm serai
20gm kerisik
10gm buah keras
200gm bawang merah
100gm bawang putih
4biji bawang besar
2sudu teh lada putih

CARA MEMBUATNYA:
  1. Kisar semua bahan-bahan di atas
  2. Tumis semua bahan kisar hingga naik bau
  3. Masukkan ayam, santan dan kerisik kelapa
  4. Masukkan sedikit garam, asam jawa dan gula melaka
  5. Pekatkan sedikit kuahnya. Kemudian bolehlah dihidang



Saturday 5 January 2019

Udang Kalio

Resepi untuk membuat udang masak Kalio

BAHAN-BAHAN:

1 kg udang harimau
50gm bawang besar
20gm bawang merah
10gm bawang putih
20gm halia
10gm lengkuas
3gm cili kering
5gm kunyit hidup
40gm serai
2gm daun limau purut
300gm santan
50gm tomato
5gm cili merah
1gm daun kunyit

CARA MEMBUATNYA:
  1. Bersihkan udang terlebih dahulu
  2. Goreng udang sehingga setengah masak
  3. Kisar bahan seperti cili kering, kunyit hidup, serai, lengkuas, bawang merah dan bawang putih
  4. Tumis semua bahan kisar sehingga masak kemudian masukkan santan dan udang yang telah digoreng
  5. Maukkan daun limau purut dan daun kunyit serta garam.
  6. Gaul rata sehingga masak. Siap untuk dihidang


Ayam Percik

Resepi untuk membuat ayam percik

BAHAN-BAHAN:
1 ekor ayam (dipotong lapan bahagian)
2 cawan santan (daripada 2 biji kelapa)
Asam keping

PEMERAP (DIKISAR)
6 ulas bawang merah 
3 ulas bawang putih 
10 tangkai cili kering
2cm lengkuas 
1cm halia
1cm kunyit
2 biji buah keras
2 batang serai
1/4 cawan madu
garam dan serbuk perasa secukup rasa

CARA MEMBUATNYA:
  1. Untuk kuah, campurkan setengah daripada bahan pemerap dengan santan dan asam keping (jerang di atas api sehingga mendidih) 
  2. Alas dulang pembakar (tray)dengan daun pisang dan sapukan sedikit minyak di atas talam
  3. Lumurkan 8 bahagian ayam dengan bahan pemerap dan aturkan di atas dulang pembakar.
  4. Bakar sehingga ayam masak

Nasi Tomato & Ayam Masak Merah

Hye semua,

Masak apa je tu ari2 minggu ni... menu akak arini ialah Nasi tomato.. meh share sikit resepi dia

untuk Nasi Tomato

BAHAN-BAHAN:

2 cawan beras
1 biji bawang merah (dihiris)
2 ulas bawang putih (dicincang)
1 inci halia (dihiris)
1 inci kulit kayu manis
2 kuntum bunga cengkih
2 biji buah pelaga
4 sudu besar puri tomato
1/2 cawan susu ideal
2 sudu besar minyak sapi
2 cawan air
2 susu bawang goreng (hiasan)

CARA MEMBUATNYA:
  1. Tumiskan bawang putih, bawang merah, halia, kulit kayu manis, bunga cengkih dan buah pelaga hingga terbit baunya.
  2. Masukkan beras dan kacau
  3. Masukkan air, susu dan puri tomato
  4. Masak seperti biasa. Setelah siap boleh dihias menggunakan bawang goreng
Untuk ayam masak merah pula

BAHAN-BAHAN:

1/2 ekor ayam (dipotong kecil) - goreng lembap
3 sudu besar cili kisar
3 biji buah keras
5 ulas bawang merah (dikisar)
3 ulas bawang putih (dikisar)
1 inci halia (dikisar)
3 batang serai (dititik)
3 kuntum bunga lawang
3 kuntum bunga cengkih
1cm kulit kayu manis
4 biji buah pelaga
1 cawan puri tomato
2 labu bawang merah (dihiris)
3 biji buah tomato (dibelah 4)
Garam dan gula diperasakan
Minyak masak

CARA MEMBUATNYA:
  1. Panaskan minyak dan tumis bahan-bahan yang dikisar beserta bunga lawang, cengkih, pelaga dan kulit kayu manis sehingga terbit baunya.
  2. Masukkan tomato puri dan cili kisar.
  3. Masukkan ayam. Kacau hingga rata. Kemudian masukkan serai, garam dan guka secukup rasa
  4. Apabila telah mendidih masukkan bawang yang dihiris dan tomato yang dibelah.
  5. Gaul rata dan siap untuk dihidang.
Selamat mencuba...😉