Monday 12 November 2012

Tips 1.1 : 9 Pemakanan Bantu Tidur Nyenyak

Dear Beautiful Readers,


Tahukaah anda, banyak sekali penyelidikan membuktikan bahawa tidur dan kesihatan itu adalah saling berkait rapat. Kebanyakan orang dewasa memerlukan 7-8jam waktu tidur semalaman. Ia bukan semata-mata untuk menjaga kecantikan kulit dan menyerikan wajah, tetapi ia membantu mengekalkan kesihatan juga.


Kepada anda yang mempunyai masalah kesukaran untuk tidur, cuba amalkan makanan yang dikatakan dapat menjadikan fikiran lebih tenang, mengaktifkan hormon serta membekalkan serotonin dan melatonin untuk tidur lebih nyenyak...

    1. Pisang  - Mengandungi melatonin, serotonin dan magnesium
    2. Teh 'chamomile' - Memberi kesan tenang yang dapat menurunkan tekanan fizikal dan mental. Sesuai diminum sebelum tidur
    3. Susu panas - Segelas susu panas sebelum tidur membantu anda tidur nyenyak. Susu mengandungi asid amino dan kalsium untuk otak
    4. Madu - Tambahkan sedikit madu ke dalam susu atau teh
    5. Kentang - Sedikit kentang rebus atau panggang tidak akan menaikkan berat badan
    6. Oat - Cara mudah untuk cepat tidur. Ia merangsang pengeluaran melatonin dalam tubuh pada malam hari
    7. Badam - Baik untuk kesihatan jantung. Turut mengandungi magnesium
    8. 'Flaxseed' - Kaya omega-3 untuk memulihkan "mood". Ambil 'flaxseed' ketika sedang tertekan. Tidur akan lebih nyenyak
    9. Roti Gandum - Sepotong roti gandum dan teh merangsang insulin dalam tubuh 

No. 3 tu memang lea amalkan nak-nak masa mengandung. Dapat segelas susu panas yang bancuhkan oleh suami tercinta confirm lepas tu nyenyak jer tidur sampai ke siang..;)




No comments:

Post a Comment