Friday 5 July 2013

Biozone Food Purifier

Salah satu cara untuk memastikan ayam anda selamat dimakan.

Orang selalu kata makan lah makanan yg dimasak di rumah,kalau makan kat luar selalu, senang nak dpt penyakit sebab di kedai tak bersih dan penggunaan ajinomoto yg banyak. 
Tak kiralah sama ada anda makan diluar ataupun masak dirumah.
nowadays banyak penyakit berpunca daripada pemakanan kita.contohnya, cancer, obesiti etc

Actually ramai antara kita yg tak tahu, if makan dirumah pun belum tentu makanan kita tu selamat untuk dimakan.

Contoh: 

1. AYAM. 

Anda tahu tak yg ayam yg kita makan sebenarnya telah disuntik dengan antibiotik/bahan kimia untuk jadikan ayam tu cepat membesar dan tahan penyakit, antibiotik/bahan kimia itu akan kekal didalam walaupun ayam itu telah dicuci dgn air bnyk kali. Dan akhirnya antibiotik/bahan kimia itu masuk kedalam tubuh kita.

image from google

Jadi ,bagaimana kita nak memastikan makanan yg dimasak dirumah selamat untuk dimakan oleh keluarga dan anak anda?

Presenting
Another killer product of the company

BIOZONE FOOD PURIFIER
satu-satunya product penapisan makanan yang selamat untuk penyingkiran toksin dari makanan dan mengurangkan risiko untuk mendapat cancer  atau penyakit lain yang berpunca daripada makanan.


Biozone Food Purifier menggunakan proses pengkhususannya iaitu menyatupadukan bahan perintang ozon bagi mengubah oksigen (O2) menjadi ozon (O3). Ozon merupakan satu element pemusnah kuman dan bakteria semulajadi .  Ozon akan kembali menjadi oksigen setelah menjalankan fungsi untuk menyingkirkan bahan-bahan pencemar. 

proses purifikasi selama 30 minit


`
Buih mula  terbentuk yg merupakan toksin dan bahan kimia.
Biasanya toksin tersembunyi dibahagian lemak



Buih semakin banyak terbentuk dan bau semakin busuk



Selepas 30minit, fatty acid semakin tebal dan busuk


semakin tebal buih terbentuk



fatty acid diangkat dengan menggunakan chopstick .ia 
melekat pada chopstick itu

Percubaan membakar buih tersebut.
Surprisingly , fatty asid  tersebut tidak dapat dibakar atau cair malah menjadi keras.
refer to this link [klik]

Cuba bayangkan, 
jika kita makan ayam setiap hari selama 10 tahun 
akan datang tanpa membuat purifikasi pada ayam tersebut,
berapa banyak toksin yang terkumpul dan kekal dalam badan kita ?

Sayangi diri dan anak-anak anda.
Pastikan Biozone Food Purifier
ada di rumah anda untuk kepentingan 
kesihatan anak-anak anda

Harga sangat berpatutan
Warranty selama setahun.

If berminat , 
boleh hubungi 
012-6100 842 (lea)
Facebook : Soleha Ahmad
Instagram : Solehaahmad1

BB Plus Collagen

Dear Beautiful Readers,


Setiap wanita memang mengimpikan untuk memiliki kulit yang cantik dan menawan. Termasuklah diri lea sendiri. But, somehow, bukan semua wanita dikurniakan dengan kulit yang cantik sejak azali kan. So apa yang perlu kita lakukan ialah usaha, ikhtiar untuk mendapatkan hasil yang menarik..


Seperti proses penuaan ia berlaku secara semulajadi seawal usia pertengahan 20-an. Penghasilan kolagen di dalam kulit menjadi perlahan, manakala elastin kulit menjadi kurang anjal. Sel kulit mati tidak hilang dengan cepat manakala kulit baru pula tumbuh dengan perlahan. And this is why kulit cepat rosak dan kurang berseri kalau tidak dijaga.

Dan sekarang Hai-o telah mengeluarkan satu lagi product kecantikan yang memang tengah hot iaitu  BBplus Collagen. BBplus Collagen nie mengandungi peptida kolagen yang tinggi untuk mengganti dan membina semula rantaian kolagen yang diperlukan untuk menjadikan kulit lebih anjal / firm, lembab, tegang dan gebu menawan. Oooohhh, I like...:)

7 Kesan Kulit Cantik
* Kulit wajah berseri dan cerah
* Kulit lebih anjal dan tegang
* Kulit lebih halus dan gebu
* Kulit lebih lembab
* Kulit lebih licin serta kurang garis halus dan kedutan
* Kulit lebih cepat sembuh dan pulih
* Kulit kurang mesan kerosakan akibat sinaran matahari

Bagaimana BBplus Collagen bertindak?
Triple mode of actions:
1. Memulih - Menggalakkan pembersihan mikro, menggantikan peptida kolagen bagi rantaian kolagen yang telah rosak ataupun lemah.

2. Membina - Menguatkan dan melindungi rantaian kolagen dengan antioksida.

3. Memperbaharui - Menggalakkan pertumbuhan dan penghasilan sel kolagen baru.

Kelebihan BBplus Collagen
1. Dos yang efektif - Hanya 1 paket (5g) setiap hari untuk memiliki kulit muda yang cantik dan mulus.

2. Kandungan peptida kolagen yang kaya dan tersedia - Proses hidrolisis menghasilkan peptida (3000 saiz Dalton) yang sedia diserap.

3. Selamat - Risiko terhadap pencemaran merkuri dan radiasi adalah sangat rendah (diimport daripada Perancis). Bebas daripada bahan beracun.

4. Perlindungan antioksida tambahan - Jus blackcurrant mengandungi anthocyanin untuk melindungi klit muka dan badan daripada sinaran UV dan radikal bebas.

5. Anti alahan dan anti radang - Ekstrak biji anggur dengan OPC (oligomeric proanthocyanidin) mengurangkan ketidakselesaan kulit serta menggalakkan penyembuhan kulit.

6. Kofaktor tambahan - Vitamin C dan roselle menguatkan rantaian kolagen, melindungi kolagen di dalam dermis kulit dan menggalakkan proses sintesis.

7. Meningkatkan kualiti kulit - Serat epal dan inulin (serat diet) menggalakkan pencerahan kulit melalui proses detoksifikasi.

8. Manfaat tambahan - Peptida kolagen ikan adalah sumber Kolagen Jenis 2 yang baikdan merupakan komponen utama dalam rawan untuk membantu mencegah keradangan yang disebabkan oleh rheumatism dan osteoarthritis.

9. Rasa enak - Rasa enak campuran blackcurrant 100% dan jus roselle berkualiti tinggi serta kolagen ikan yang tidak berbau.

10. Tanpa gula dan kolesterol - Gula gantian semulajadi dengan Indeks Glisemik yang rendah digunakan untuk memenuhi keperluan mereka yang mempunyai masalah jantung dan diabetis.

Cara penyediaan:
1. Campurkan 1 paket BBplus Collagen ke dalam 150ml air bersuhu bilik.
2. Elakkan daripada menggunakan air panas.
3. Kacau dan sedia diminum.

Nota Tambahan:
1. Pengambilan terbaik adalah sebelum makan atau sebelum tidur.
2. Sesuai untuk pesakit diabetis.
3. Warna, rasa dan tekstur produk dalam setiap batch mungkin berlainan disebabkan ramuan asli sahaja digunakan.

So, jomlah sama-sama kita start jaga kulit muka and overall badan kiter, supaya lepas nie, jadi lebih cantik dan menawan. Barulah orang tak boleh teka umur kiter kan? Kalau boleh, biar muka nampak muda, tak sama dengan umur yang semakin meningkat tua. Cheeewaaaaahhh...:)


Contact no : 012-6100 842
Intagram : Soleha Ahmad
Facebook : Soleha Ahmad

Love,
Lea

Saturday 29 June 2013

Tahun melawat Malaysia 2013 - Terengganu

Dear Beautiful Readers,

Part II jelajah Pantai Timur

Perjalanan dari Kelantan ke Terengganu mengambil masa lebih kurang 3jam. Destinasi yang dituju ialah Resort Angullia, Marang untuk check in. Resort ni memang last minute kami booking. Itu pun atas pertolongan kawan. Risau juga tak dapat sebab masa tu kan cuti sekolah plus tahun melawat Malaysia di Terengganu.

Selepas merehatkan badan, kami bersiar-siar di persisiran pantai Marang sambil menikmati makanan laut yang ada dijual di kedai makanan berdekatan dengan resort kami. Ermm so yummy dia punya sotong goreng tepung..


  
                        

Malam ke 2 : Waterfront Kuala Terengganu
Pada waktu malamnya kami memilih makan malam di Waterfront Kuala Terengganu. Di sana terdapat kedai yang menjual makanan Western. Memang sedap dan harga pun berpatutan. Lepas kenyang makan kami jalan2 di I-City kuala terengganu..kat sini pun ada warna warni lampu macam kat Shah Alam tu..cumanya suhu kat kuala terengganu ni sejuk sangat sebab dia berada di laut..

  

Hari ke 3 : Pulau Kapas
Siap2 check out dari resort Angulia dan destinasi berikutnya ialah Pulau Kapas. Sarapan pagi kami ialah Nasi Minyak dan sempat lagi order bungkus  untuk makanan di pulau nanti
Menggunakan perkhidmatan Makcik Gemok Resort. Tak ambil pakej pun hanya pilih Chalet dan feri sahaja. Yang lain2 tu nak nanti baru bayar lah..Jimat sikit..takut nanti kalau ambil pakej tiba2 anak meragam x nak main ke apa rugi pulak...Untuk rujukan harga chalet 1 malam RM90 sahaja dan tambang feri RM15/seorang sehala sahaja.Pergi balik RM30/seorang. Kanak2 bawah 2 tahun tambang PERCUMA


  

      

  

  

Malam ke 3 : Pulau Kapas
Aktiviti malamnya ialah santai2 jer..lepas makan jalan2 tepi pantai sambil tengok bintang di langit..seronok




Hari ke 4 : Last shopping di Pasar Payang
Tiba masa untuk pulang. Sebelum keluar dari Negeri Terengganu ni kami sempat singgah di Pasar Payang untuk menambah2 belian apa yang patut.
Pasar Payang sama keadaannya dengan Pasar Siti Khadijah kat Kelantan tu.
Kat sini lea borong baju kaftan..memang murah dan cantik2, baju kemeja batik, Tshirt kenang2an TERENGGANU, freeze magnet. 




Habis semua membeli belah destinasi terakhir kami ialah melawat

Masjid Kristal



Tempat-tempat menarik di Kelantan

Dear Beautiful Readers,



Lama betul tak update blog, maklumla laptop kat umah diserang penyakit. Ni pun balik kampung pinjam adik punya. Ok kali ni lea nak kongsikan pengalaman kami bercuti di sekitar Pantai Timur. 1 Jun, time tu tengah cuti sekolah saja lah nak bawak anak2 bercuti sambil kita ni mak ayah nak release stress dari beban2 kerja.

Percutian 4h3m dimulakan dengan negeri Kelantan. Seawal 5.45pg kami bertolak dari bidor dan singgah sekejap kat umah mak (batu gajah) ambil adik ipar. Lepas sarapan yang dah disediakan oleh mak kami meneruskan lagi perjalanan. Sewaktu perjalanan sempat juga la singgah kat tasik banding/temenggor. Sangat cantik tempatnya..kitaorg pun tak lepaskan peluang untuk ber chamwhore.. ;)


                   


         


Sesampai di Kelantan tempat pertama yang kami tuju ialah 

Hari 1 : RANTAU PANJANG
Ia adalah tempat membeli belah yang tersohor di negeri Kelantan juga dikenali sebagai zon bebas cukai. Dibuka seawal 8 pagi hingga 6 petang. Di sini, anda boleh mendapat barangan seperti toto, jersi bola, seluar jeans levis, kasut, beg tangan, periuk belanga, tikar, tudung bawal, pinggan mangkuk, kuali dan pelbagai lagi. Pendek kata “macam-macam ada” dan harga barangannya sangat berpatutan. Sebelum operasi bershopping kita makan dulu untuk bagi tenaga...




   
 

budak-budak pun dah keletihan, so jom la kita check in hotel. Rehat2 kan badan sebelum berjalan2 lagi di belah malamnya pulak.

 

Lepas dinner kami ke satu lagi tempat yang popular

Malam 1 : Wakaf Che Yeh
Orang cakap kalau dah sampai Kelantan tak sah kalau tak pergi Pasar Malam Wakaf Che Yeh ni. Memang meriah la kalau kat KL ala2 macam pasar malam di Jln TAR cuma disini lagi besar kawasan nya dan dibuka setiap hari




ok kami dah nak balik. anak2 pun dah mengantuk..

Keesokkannya
lea suka siapkan ank2 dengan warna sedondon kalau berjalan..so warna "merahnya mak ngah" ler menjadi pilihan hari tu.... :)


Hari ke 2 : Sarapan di Kopitiam Kita
Mengikut sumber, kedai ni dikategorikan kedai sarapan yang top juga di Kelantan. So kami pun cuba la..
Pemilik kedai ni ada puluhan gambar2 artis yang pernah makan di kedainya..
lihat je la..gambar artis tersohor dato' siti pun ada

  

  

Pantai Cahaya Bulan
Dulu dikenali juga sebagai pantai cinta berahi...pantai dia jenis lepas so tak boleh nak main air kat pasir ye...bahaya


Seterusnya destinasi terakhir kami di negeri Kelantan ni ialah

Pasar Siti Khadijah
Masih berkonsepkan membeli belah. Di tingkat bawah pasar ni dia menjual barang-barang basah dan tingkat atas nya pula menjual pelbagai jenis barangan pakaian,handbag, dll. Barangan yang lea beli kat sini jubah, telekung,songket dan beg yang anak2 lea sangkut kat leher dia tu..


selesai la perjalanan 2 hari kami di Kelantan...ikuti cerita berikutnya di Terengganu pulak...